Isnin, 6 April 2009

JAHILIYAH MODEN




Assalamualaikum warahmatullah ...
Hari demi hari kita sering mendengar dan melihat akhbar mahupun di kaca TV,
gejala sosial yang semakin meruncing dan membimbangkan. Kes-kes seperti
pembuangan bayi, kes rogol, kes 'haruan makan anak' dan sebagainya menjadi tajuk
utama akhbar beberapa hari yang lalu.
Apakah masyarakat Islam khususnya di Malaysia ingin memartabatkan kembali
masyarakat 'Jahiliyah Moden' seperti masyarakat Jahiliyah 1500 tahun dahulu? Ciri-ciri
seperti membuang dan membunuh anak, pelacur, rendahnya moral dan sewaktu
dengannya boleh dilihat dan diperhatikan sama seperti zaman Jahiliyah dahulu.
Firman Allah Taala bermaksud: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan
janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu
..." (al-Ahzab: 33)
Gejala anak luar nikah contohnya yang kita dengar sekarang ini semakin teruk
dan membimbangkan. Bukan di negara kita sahaja masalah ini berlaku, malah di seluruh
dunia gejala ini merebak. Misalnya, 1/3 kelahiran bayi setiap tahun di Amerika Syarikat
adalah anak luar nikah.
FirmanNya bermaksud: "Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburukburuknya
pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli yang
tidak mengerti apa-apa pun." (al-Anfaal: 22)
Sabda Rasulullah s.a.w: "Ada tiga faktor yang membinasakan manusia
iaitu mengikuti hawa nafsu, kikir yang melampaui batas dan mengkagumi diri sendiri."
(HR Tirmizi)
Seharusnya umat Islam bersatu padu memerangi gejala ini sebelum meruncing dan
sukar untuk dibanteras. Badan-badan bukan kerajaan, pihak-pihak tertentu dan orang
perseorangan harus tampil dan saling membantu. Rasa malu dan kekuatan iman yang
kuat boleh menjadi pendinding kepada nafsu.
Firman Allah Taala bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan
umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari
yang mungkar, merekalah orang yang beruntung." (Ali Imran: 104)
Sabda Nabi s.a.w: "Rasa malu dan iman itu sebenarnya berpadu menjadi
satu bilamana lenyap salah satunya hilang pulalah yang lain." (Hadis Qudsi)
Wallahu’lam.....

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Ijlis Bina Nu'man Saah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template