Khamis, 12 November 2009

APA ITU GHIBAH????!!!


Mencela seorang muslim itu perbuatan fasiq sedangkan memeranginya(muslim) adalah perbuatan kufur.(HR.Bukhari dan Muslim)

Janganlah kamu sibuk mencari keburukan orang lain, sedangkan kamu lalai (meneliti) keburukan pada dirimu, sesungguhnya itu dua keburukan.” (Al-Qahthani)

DEFINISI GHIBAH:

• Ghibah seerti dengan perkataan mengejek, menganjing, atau mengajuk. Iaitu seseorang ynag membicarakan tentang keburukan seseorang malah perkara itu biasa dan tidak bermaksud apa-apa tetapi jika ia didengari oleh orang yang dimaksudkan/diperkatakan menyebabkab ia kecil hati atau tersinggung.

• Ghibah bukan hanya bermaksud memburukkanya. Baik tentang jasmaninya, agamanya, kekayaannya, hatinya, akhlaknya, bentuk lahiriyahnya dan sebagainya. Ghibah terjadi dalam pelbagai cara antaranya menceritakan aib, meniru gerak gaya orang yang diejek semata-mata untuk bersuka-suka.

• Ghibah juga bukan bermaksud benar atau tidak apa yang diperkatakan tapi berkait dengan cara buruk percakapan. Ini bermakna sesuatu yang diperkatakan adalah fakta yang betul tetapi di hebohkan kepada orang ramai itu dinamakan ghibah. Seeloknya aib atau cacat saudara kita itu harus kita sembunyikan kerana ada rasa sayang dalam hati. Seperti ibubapa menyembunyikan aib anaknya atau sebaliknya, ataupun suami isteri yang selalu menjaga rahasia keburukan masing-masing.

APA DOSA GHIBAH???

Ghibah adalah hukumnya HARAM dan jelas dalam dalil dalam Al-Quran:

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha mendengar lagi Maha mengetahui..” (QS. An-Nisa: 148)

“Celakaanlah bagi pengumpat dan pencela.” (QS. Al-Hujurat:12)

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawaban.”(QS. Al-Isra: 17)

Dalam hadist Nabi saw disebutkan:

“Wahai orang yang beriman dengan lisannya yang belum sampai ke dalam hatinya, janganlah kalian mengganggu kaum muslimin, janganlah kalian menjelek-jelekkannya, janganlah kalian mencari-cari aibnya. Barang siapa yang mencari-cari aib saudaranya sesama muslim niscaya Allah akan mencari aibnya. Barang siapa yang Allah cari keburukannya, niscaya Allah akan membeberkan rahasianya meskipun di rumahnya sendiri.” (H.R. Tirmidzi dan lainnya)

Faktor-faktor berlaku ghibah:

1. Dendam dan benci kepada seseorang
2. Sombong
3. Berkawan dengan kawan yang suka bergosip
4. Pelik melihat perbuatan dosa orang lain
5. Niat menghina orang lain
6. Menceritakan kepada orang ramai tentang seseorang melakukan dosa
7. Menghasud serta menganjing dengan mengatakan “sedih betul aku tengok si miskin itu”
8. Bergurau senda dengan menceritaka kejadian lucu pada seseorang dengan keburukannya.

Perkara yang biasa berlaku dalam kehidupan mahasiswa:

Ghibah mungkin tidak terlepas dari kehidupan seharian samada dalam percakapan, perbuatan, perbincangan dan sebagainya. Ini kerana ghibah biasa berlaku secara tidak sengaja atau disedari bahkan orang yang selalu ke masjid menjaga ibadatnya. Antara contohnya:

1. Buat kuliah dekat masjid tapi tidak pernah solat berjemaah..(selalu diperkatakan oleh orang yang selalu bejemaah di masjid)
2. Alamak kenapa tiba-tiba je pak ustaz nie datang sini, tak de kerja lain dah lau bukan nak tegur orang couple..(orang yang selalu lepak kat cafe atau bercouple)
3. Teruk betul la si mamat nie, dah tau susah nak pick up study la kuat sikit...(orang bijak menceritakan kepada kawannya)
4. Eh!, ko tengok sana. Apa la si minah pakai baju camtu...(perempuan yang suka bergosip)
5. Aku rasa geli hati la tengok si mamat tu. Entah apa die sebut aku tak faham, english versi kelate kot...
6. Setelah kita mendengar seruan atau tazkirah tentang fadhilat membaca Al-Quran lantas kita berkata “alangkah rugi orang-orang yang tidak pandai membaca al-quran”
7. Benci aku!!(mengikut gaya dan nada seseorang) ketika bersembang dengan kawan lain

Banyak lagi contoh yang kita boleh ambik dalam kehidupan kita sebagai mahasiswa. Samada kita sedar atau tidak. Jadi sama-samalah kita muhasabah diri kita adakah kita sudah terlepas dari penyakit hati ini. sanggupkah kita makan daging sesaudara kita sendiri.
Continue Reading...
Continue Reading...

Rabu, 11 November 2009

JANGAN GANGGU SARANG LEBAH!!!!


Kita selalu mendengar cerita atau kisah teladang tentang sekumpulan budak nakal diserang oleh sekumpulan lebah. Ini kerana mereke telah mengganggu sarang lebah. Selepas mereka diserang dan disengat, mereka menyesal dan menginsafi perbuatan mereka.

Alhamdulillah, mereka semua insaf dan menjadi manusia yang berguna kerana “nasihat” daripada serangga yang kerdil lagi lemah iaitu lebah. Di sini bukan tujuan ana nak cerita tentang lebah tetapi ana menggunakan cerita ini untuk menggambarkan kronologi pengalaman ana dalam kehidupan ini. Cerita ini, ana bukan digambarkan sebagai budak nakal tetapi si lebah. Kenapa ye? Ok, ana cerita dari awal. Ana rasa hidup ana seperti lebah kerana mungkin dari segi fizikal ana yang lemah dan kecil. Tetapi itu bukan penghalang untuk ana bergiat dalam bidang dakwah ini. Bidang dakwah tidak lari dari ancaman dan cabaran. Lebah hidup mereka hanya mencari manisan pada bunga dan dikumpulkan menjadi madu untuk kegunaan mereka dan manusia. InsyaAllah, hidup ana di dunia ini adalah mencari kemanisan iman dan memberi manfaat kepada keluarga dan masyarakat.

Cerita yang ana akan kongsikan masih panas dibicarakan sehingga sekarang. Cerita ini bermula pada waktu senja hampir maghrib ana menegur sepasang pasangan yang sedang “study” di jeti tasik. Pada awalnya ana tegur dengan baik. Tetapi mereka menjawab dengan agak kasar. Semasa ana tegur mereka ana tidak menuduh mereka berdua-duan dan melakukan perkara tidak senonoh tetapi ana pesan kepada mereka tentang perbuatan sebegini boleh mendatangkan fitnah. Selepas itu ana terus meniggalkan mereka berdua di jeti itu.

Selepas selesai solat insya’ di masjid ana pulang ke bilik. Seperti biasa bila masuk bilik ana terus buka laptop dan mendengar lagu-lagu nasyid. Mungkin ana kepenatan seharian tak henti-henti buat kerja. Jadi pada malam itu, ana tidur awal dalam pukul 11.30 mlm (biasa tidur kul 2-3 pagi). Tengah-tengah ana tidur lena tiba-tiba romate kejutkan ana sebab ada orang dating nak jumpa ana. Ana terus bangun dan tengok jam tangan menunjukkan pukul 2.00 pagi. Ana jadi hairan pagi-pagi buta ada orang nak jumpa. Apabila ana berpaling ke arah pintu kelihatan dua orang sedang tunggu dengan salah seorang mencekak pinggang. Rupa-rupanya orang yang mencekak pinggang itu ialah orang yang ana tegur petang tadi. Dengan nada yang tinggi, dia menanyakan soalan “kau ada tak puas hati nga aku ke?” terus ana menggelengkan kepala menandakan tiada apa-apa. Dia terus maki hamun ana tetapi masa itu ana hanya mampu bersabar dan berdiam diri kerana tidak mahu sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Bak pepatah api yang sedang marak jangan disimbah dengan minyak. Dia telah mengugut ana jangan ganggu hidup dia lagi.

Selepas peristiwa malam tersebut ana tidak menceritakan kepada sesiapa tetapi rahsia itu hanya bertahan sebulan sahaja. Sehingga sekarang ana masih bingung macam mana rahsia ini bocor. Paling mengejutkan ana kejadian itu diketahui oleh kawan-kawan ana. Justeru dapat berita tentang kawan ana tahu kejadian malam itu ana terus jumpa kawan dan mengingatkan mereka supaya jangan dibesarkan hal ini dan jika mahu perkara ini diselesaikan harap bincang dengan baik. Namun semua apa yang ana pesan tadi meleset sama sekali. Perkara yang ana tidak jangka telah berlaku iaitu kawan-kawan ana telah membelasah “si dia yang datang ke bilik ana”. Selepas mereka pukul “si dia” dan “si dia” telah meminta maaf kepada ana diharap kes ini selesai dan tiada lagi kes gaduh selepas ini.

Berselang beberapa minggu selepas itu, kejadian yang sangat mengejutkan telah berlaku iaitu pergaduhan besar berlaku antara kumpulan “si dia” dan kumpulan kawan ana. Pergaduhan ini adalah bermotifkan dendam dan tidak puas hati dengan kejadian minggu lepas. Kes pergaduhan besar ini mejadi isu hangat sehingga kini dan kesemua yang terlibat sedang dibicarakan termasuk ana dan bakal menerima hukuman dari pihak pengurusan.

Untuk pengetahuan semua yang berkunjung blog ini kes seperti ini bukan kali pertama ana terlibat tetapi zaman sekolah rendah lagi. Lau sesiapa yang pernah tengok cerita “X-MAN” ada watak seorang orang tua botak yang lumpuh tetapi dapat mempengaruhi yang lain. Mungkin ana seperti watak itu(poyo). Ana sudah lama terfikir benda ini kenapa setiap kali ana ada masalah atau susah mesti ramai yang tolong kadang-kadang ana rasa tidak pernah kena buli. Mungkin inilah hikmah ana seorang yang lemah, kecil dan sebagainya.

Oleh itu, lebah merupakan serangga yang mempunyai hikmah tersendiri dan ambilllah iktibar dari cerita atau kehidupan seekor lebah. Dimana mereka hidup hanya mencari madu untuk manfaat kepada manusia dan mereka hanya menjadi ganas apabial manusia mengganggu hidup mereka. Selepas mereka mengganas, manusia menyalahkan mereka tetapi tidak menyiasat kenapa mereka mengganas. Renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah.

Continue Reading...

Rabu, 4 November 2009

CIRI-CIRI PETANI CEMERLANG

Mulianya Seorang Petani Yang Mengamalkan Prinsip Islam

Petani manusia yang berjasa,
Kepada negara dan bangsa,
Member makan rakyat jelata,
Kemakmuran rakyat ditangan mereka.

Jasa petani mesti dikenang,
Penat lelah mereka memanting tulang,
Kehidupan mereka wajib dijaga,
Begitulah kehendak agama kita.

Petani yang berkerja cemerlang,
Bersungguh-sungguh hasilkan keperluan,
Iman dan ibadat tidak ditinggalkan,
Besar pahala di sisi tuhan.

Petani yang beriman sambil bekerja mengingati tuhan,
Auratnya ditutup semasa bekerja,
Hasil yang banyak dizakatnya,
Itulah petani yang bersyukur namanya.

Wahai petani bersungguh bekerja,
Berkhidmat kepada agama dan bangsa,
Jangan rasa malu dan hina,
Agar makmur rakyat dan negara

( Petikan daripada: Jasa Petani; Nadamurni)
Continue Reading...

Selasa, 3 November 2009

Penyakit Hati Bahagian 1

Defenisi/ maksud penyakit hati:

Penyakit hati ialah satu penyakit yang akan melahirkan sifat tercela, sekiranya tidak dirawat ia akan merosakkan sifat-sifat kemanusiaan dalam dirinya dan akan memudaratkan orang lain.

Dalil Al-quran dan Sunnah(hadith):

• Surah Al-baqarah:10

“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya itu; dan mereka mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta”

• Hadis:

“ Ketahuilah sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging, daging itu baik maka baiklah seluruh anggota, jika daging itu rosak, rosaklah seluruh anggota” Riwayat Bukhari.

Macam-macam erti penyakit hati dan sifat buruk manusia :

1. Iri Hati

Iri hati adalah suatu sifat yang tidak senang akan rezeki dan nikmat yang didapat oleh orang lain dan cenderung berusaha untuk menyainginya. Iri hati yang diperbolehkan dalam ajaran islam adalah iri dalam hal berbuat kebajikan, seperti iri untuk menjadi bijak agar dapat menyebarkan ilmunya di kemudian hari. Atau iri untuk membelanjakan harta di jalan kebenaran.

2. Dengki

Dengki adalah sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut. Sifat ini sangat berbahaya kerana tidak ada orang yang suka dengan orang yang memiliki sifat seperti ini.

3. Hasut / Hasud / Provokasi

Hasud adalah suatu sifat yang ingin selalu berusaha mempengaruhi orang lain agar marah orang tersebut meluap dengan tujuan agar dapat memecah belah persatuan dan tali persaudaraan agar timbul permusuhan dan kebencian antara sesama.

4. Fitnah

Fitnah lebih kejam dari pembunuhan adalah suatu kegiatan menuduh-nuduh, menodai, merosak, menipu, membohongi seseorang agar menimbulkan permusuhan sehingga dapat berkembang menjadi pandangan buruk ke pada orang lain tanpa bukti yang kuat.

5. Buruk Sangka

Buruk sangka adalah sifat yang curiga atau menyangka orang lain berbuat buruk tanpa disertai bukti yang jelas.

6. Khianat

Khianat adalah sikap tidak bertanggungjawab atau mungkir atas amanah atau kepercayaan yang telah diberi kepadanya. Khianat biasanya disertai bohong dengan memungkiri janji. Khianat adalah ciri-ciri orang munafik. Orang yang telah berkhianat akan dibenci orang disekitarnya dan kemungkinan besar tidak akan dipercaya lagi untuk memegang suatu tanggungjawab di kemudian hari.
Continue Reading...

Iman Semut vs Iman Manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apaka engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut.

Lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiridan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut !!!

Iman manusia ?

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.

Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah s.w.t. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Itulah iman manusia (kita) !!!

Tanyalah diri kita. Tanya iman kita.Adakah sudah cukup kuat dengan amalan-amalan yang kita laksanakan selama ini? Sama-samalah kita muhasabah.
Continue Reading...

Ahad, 18 Oktober 2009

UCAPAN DASAR MUKTAMAR SANAWI KNU KALI KE_6

UCAPAN DASAR
PENGERUSI KELAB NASYID AL-UKHUWWAH UPMKB
SEMPENA MUKTAMAR SANAWI KALI KE-6
TEMA : MEMPERKASA UKHUWWAH MENJANA PERUBAHAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Yang Dimuliakan Tuan Pengerusi Tetap,
Yang Dikasihi Sdr Timbalan Pengrusi KNUUPMKB,,
YBrs Barisan Majlis Tertinggi dan Saff kepimpinan KNUUPMKB,
YBrs Pengarah Muktamar Sanawi KNUUPMKBkali ke-6,
Para Ahli dan semua tetamu yang dihormati sekalian.

MUQADDIMAH

Sidang hadirin yang dirahmati Allah,
1. Pertamanya, saya ingin melahirkan rasa kesyukuran yang setinggi-tingginya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan inayah, kasih sayang, serta keizinannya kita dipertemukan oleh Allah s.w.t. di dalam Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah UPMKB (KNUUPMKB) kali ke-6 bagi sesi 2009/2010 ini. Sekali lagi, saya panjatkan rasa takzim yang tidak terhingga kepadaNya kerana medan tarbiyyah Ramadhan yang kita selesai tempuhi baru-baru ini, memimpin diri kita untuk terus hadir dalam Muktamar Sanawi KNUUPMKB kali ini dengan matlamat untuk terus menyokong organisasi yang melebarkan sayap dakwah di UPMKB.
2. Dengan penuh rasa kesyukuran dan berbesar hati, izinkan saya bagi pihak kepimpinan KNUUPMKB dan juga AJK Pelaksana Muktamar Sanawi kali ini, mengalu-ngalukan kehadiran para jemputan kehormat, para ahli, para pemerhati yang dimuliakan lagi dikasihi sekalian dengan ucapan “Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum”-“Selamat Datang dan Salam Sejahtera”. Dikesempatan ini saya ingin mengucap tahniah dan syabas kerana antum semua terpilih dalam golongan yang menjalankan amar makruf dan nahi mungkar di UPMKB. Mudah-mudahan perhimpunan kita pada hari ini dengan membawa misi untuk mengangkat keizzahan Islam dan beramal dengannya mendapat payungan rahmat serta kasih sayang Allah dari awal hingga akhirnya.
3. ‘Memperkasa Ukhuwwah Menjana Perubahan’ telah disepakati oleh pimpinan sedia ada untuk dinobatkan sebagai tema Muktamar Sanawi KNUUPMKB kita yang ke-6 pada kali ini. Harapan yang sebegini besar dilontarkan kepada sidang muktamar sekalian agar suatu bentuk perbahasan yang lebih mantap dapat kita padukan pada kali ini supaya benar-benar harapan yang menggunung daripada kepimpinan lepas dengan wujud suatu kesinambungan yang bertali arus buat kepimpinan yang bakal menerajui KNUUPMKB akan datang.

MEMPERKASA UKHUWWAH MENJANA PERUBAHAN

4. Islam merupakan agama yang syumul, meliputi segala aspek bahkan keindahan ajaran Islam telah mengangkat martabatnya sehingga menjadi cara hidup manusia. Namun kita perlu sedar bahawa survival dakwah Islam bukanlah hanya terletak di bahu para du’at yang bergelar ustaz dan ustazah semata-mata, bahkan tugas mulia menyebarkan intipati kalimah Islam ini sebenarnya menjadi tanggungjawab setiap Muslim, tidak kira sama ada yang berlatarbelakangkan pendidikan agama secara khusus mahupun tidak. Ini kerana peranan yang sebegini besar telah Allah s.w.t rakamkan di dalam Al-Quran dengan firmanNya :
104. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.
5. Kandungan ayat ini sewajarnya kita jadikan bahan motivasi untuk memberikan kita kekuatan dalam menyebarkan agama Islam pilihan Allah ini. Tidak kira siapa jua kita, yang lebih utama ialah mesej untuk mengimarahkan muka bumi Allah ini dengan perintah serta syariatNya dapat disebarluaskan. Apatah lagi bagi kita yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi Islam di UPNKB ini, boleh dikatakan semua mengambil jurusan berakaitan dengan pertanian dan menjadi antara golongan yang akan memberi sumbangan dan manfaat kepada masyarakat sekitar selepas keluar dari lama pendidikan nanti, sewajarnya kitalah yang menjadi ‘tangan-tangan penyelamat’ kepada mereka yang hampir hanyut dalam dunia yang yang bertuhankan hiburan dan materialistik pada hari ini.
6. Kompilasi di antara ilmu agama dan juga ilmu duniawi khususnya bidang pertanian dilihat mampu memudahkan lagi urusan dakwah untuk dijalankan. Memandangkan kerjaya sebagai seorang petani atau sebagai usahawan yang sebelum ini dipandang rendah dan hanya untuk golongan tertentu sahaja, maka menjadi kewajipan kita untuk membuktikan bahawa bidang ini menjadi satu sektor yang penting dalam mencapai kemajuan agama, bangsa dan negara dengan mengamalkan prinsip-prinsip Islam. Namun sebelum kita melangkah ke arah yang dinyatakan tadi mestilah kita mempersiapkan diri kita dengan tarbiyyah yang mantap dan pemahaman yang telus tentang ilmu Islam selain dari ilmu duniawi yang kita pelajari di kuliah-kuliah. Bertepatan dengan tema kita pada kali ini iaitu Memperkasa Ukhuwwah Menjana Perubahan’ saya ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama kita bermuhasabah menyemak kembali peranan yang telah Allah wartakan buat kita.

SENARIO HARI INI

i) Komitmen Ahli

7. Sepanjang sesi yang lepas saya dapati komitmen ahli terhadap kelab sangat lemah. Kita dapat ukur komitmen ahli dengan penglibatan mereka dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab ini. Kehadiran mereka begitu kurang dan kadang-kadang aktiviti itu tidak dapat dilaksanakan kerana tiada sesiapa pun hadir. Ini antara faktor kenapa kelab ini semakin lemah dan aktiviti dakwah terbantut. Jadi sama-samalah kita muhasabah diri kita termasuk orang berkata-kata ini. Dimana silapnya dan perkara ini terjadi. Kita perlu diingatkan bahawa kelab ini bukan semata-mata kelab yang bercirikan Islam dengan aktiviti nasyid tetapi kita harus ingat kelab ini memikul tanggungjawab yang besar iaitu mewujudkan biah solehah di kampus ini. Suka saya disini ingin mengingatkan semua yang hadir serta ahli kelab visi kelab ialah “Mengembangkan syiar Islam menerusi penerapan nilai-nilai Islam yang syumul untuk melahirkan individu yang bukan sahaja berkebolehan dalam bidang kesenian dan kebudayaan malah memahami dan taat kepada ajaran Islam” dalam bahasa lebih mudah iaitu biah solehah atau suasana yang baik dalam kampus ini.
8. Komitmen yang baik dapat dipupuk dikalangan ahli apabila kita mengikhlaskan diri untuk menyertai kelab ini. Jika sebelum ini kita sertai kelab ini kerana dipaksa atau mengikut kawan atau kerana sesuatu yang lain maka mulai saat ini kita perbetulkan niat kita beramal kerana Allah. Selain itu, kita mestilah mempunyai rasa tanggungjawab dengan apa yang berlaku dalam kampus dan kelab ini khususnya. Sekiranya ada apa-apa perkara yang menyebabkan anda rasa kurang selesa dengan kelab ini anda boleh terus menegur saff kepimpinan kerana pihak kepimpinan akan menerima nasihat dan teguran dari anda. InsyaAllah.

ii) Akhlak Ahli

9. Kita sebagai ahli sebuah kelab yang menjalankan tugas menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kita akui mungkin bukanlah orang yang alim dalam ilmu agama, wara’, latar belakan pendidikan agama dan berbagai-bagai lagi alasa yang diguna untuk melepaskan diri dari tanggungjawab ini. Perkara ini telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dengan bersabda:
“Hendaklah kamu sampaikan ajaran aku walaupun satu ayat”
10. Justeru saya menyeru dan mengajak sahabat-sahabat sekalian, marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita dengan memnjaga akhlak kita kerana nur Allah tidak ade dalam suasana yang tidak baik. Akhlak memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi serta pertubuhan kerana melaluinya akan menggambarkan imej sebuah kelab tersebut. Juga ditegaskan di sini kelab ini bukan untuk menjaga tepi kain orang atau mengongkong ahlinya tetapi untuk membiasakan diri kita hidup di bawah rahmat tuhan dan diberkati-Nya. Jadi saya menyeru dan muhasabah diri kita termasuk saya bagaimanakah pergaulan kita, pemakaian, percakapan, dan kehidupan seharian kita. Adakah kita masih dilandasan ajaran Islam atau sebaliknya. Masih belum terlambat lagi untuk kita memperbaiki diri kepada yang lebih baik.

iii) Ukhuwwah sesama ahli

11. Bersesuaian dengan nama Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah UPMKB yang mengamalkan ukhuwwah islamiyyah yang di syorkan dalam agama Islam. Konsep ukhuwwah islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau perkenan daripada Allah SWT. Dia melontarkan kepada hati-hati hamba-Nya yang ikhlas dan suci, Allah SWT berfirman:
“dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat jua menyatupadukan di antara mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha kuasa lagi Maha bijaksana.” (Al-anfal: 63)
12. Ukhuwwah ini akan terbentuk atas satu aqidah sahaja bukan atas perkar-perkara lain. Di mana telah dinyatakan beberapa syarat iaitu mestilah berlandaskan keikhlasan kerana Allah. Kedua mestilah disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Selain itu, mestilah melazimkan diri dengan manhaj islam serta mestilah mempraktikkan amalan nasihat-menasihati seperti telah dinyata dalam surah Al-Asr. Dan akhir sekali mestilah melaksanakan konsep saling tolong-menolong antara satu sama lain sama ada dalam susah atau senang. Sama-samalah kita mengingsafkan diri adakah kita sudah cukup syarat yang nyatakan tadi.
KE ARAH PERUBAHAN
14. Mungkin ini agak berat bagi kita semua terutama sebuah kelab yang kerdil ini. Apa yang dimaksudkan dengan “ke arah perubahan” ialah kita perlu keluar dan masuk ke dalam masyarakat kampus dengan satu kelab yang dapat membimbing masyarakat luar seperti rakan-rakan kita yang hanyut dalam gelombang yang tidak mendatangkan manfaat kepaada dirinya dan orang lain. Kita juga mestilah mempunyai matlamat untuk mencegah kemungkaran dan menegak kamakrufan di kampus ini sekurang-kurang kita mengimbangi antara makruf dan mungkar di kampus ini.
15. Setelah kita mempersiapkan diri dengan ukhuwwah yang uuh serta pemahaman yang mendalam tentang Islam maka tidak ada masalh untuk kita mencapai ke arah perubahan alam kampus kepada biah solehah. Antara langkah-langkah untu mencapai perubahan kita perlu mempergunakan strategi yang betul dan kemahiran yang ada pada setiap ahli dengan mangabung tenaga dan idea bagi mancapai matlamat ini.
16. Antara Strategi yang kita gunakan ialah melaksanakan program yang labih fokus kepada masalah semasa di kampus ini dalam satu semesta. Contohnya pergaulan bebas antara mahasiswa dan mahasiswi. Kita sekarang mempunyai banyak masa untuk merancang program seperti ini kerana sebelum ini kita banyak melakukan program berbentuk perayaan Islam serta program isu semasa. Hal ini kerana telah wujud di bawah jawatan kuasa Pusat Islam sebuah jawatan yang dikenali sebagai JPPI (jawatankuasa pelajar pusat Islam). Juga diingatkan juga kepada ahli sekalian yang terlibat dengan jawataakuasa inijangan keliru antara tanggungjawab dengan sukarela. Kerana tugasan kelab merupakan tanggungjawab manakala JPPI adalah sukarela kerana JPPI asalnya di bawah KNUUPMKB sebelum ini.
17. Strategi lain yang boleh digunakan ialah setiap ahli mestilah melibatkan diri dengan lajnah-lajnah yang terdapat dalam organisasi kelab mengikut kemahiran masing-masing. Manakala bagi ahli yang rasa tidak ada kemahiran boleh menyertai mana-mana lajnah kerana ini lah peluang kita untuk mengasah bakat yang sebelum ini kita tidak ketahui. Contoh yang ada sekarang ialah lajnah publisiti dan penerbitan yang menubuhkan kre it dmana mengumpul ahli kelab yang mempunyai kemahiran dalam bidang it serta kartunis. Dan diharap kepada lajnah lain dapat membuat perkara yang sama untuk mengelak daripada kita merugikan tenaga mahir yang ada pada semua ahli.
18. Dan terakhir, kita mempunyai satu lajnah yang istimewa dimana lajnah ini hanya melibatkan satu golongan sahaja iaitu lajnah Helwani ringkasan daripada hal ehwal wanita. Kita boleh guna lajnah ini untuk menambah keberkesanan dakwah di UPMKB ini. Kenapa saya menfokuskan strategi ini kepada kaum muslimat sahaja kerana kaum ini sebenar mempunyai tariakn yang begitu kuat di UPMKB. Saya lebih suka memberi analogi atau perumpamaan dimana golongan muslimat di ibaratkan seperti sekuntum bunga. Dimana bunga itu berada maka disitu ada si kumbang. Jika bunga berada dalam taman yang indah disitulah kumbang ade jika sebaliknya bunga berada tepi parit yang busuk kumbang turut berada di situ bahkan lebih teruk kumbang lemas dalam parit yang busuk. Jadi saya mengharapkan pimpinan yang meneraju lajnah ini dapat mempergiatkan aktiviti khusus untuk mahasiswi sahaja.

PENUTUP

19. Akhir kalam, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu kehormat, dan yang lebih utama para perwakilan yang dikasihi sekalian yang hadir dalam Muktamar Sanawi kali ke-6.
25. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan “Jazakumullahu Khairan Kathira ” kepada semua yang menjayakan Muktamar pada kali ke-6 serta yang hadir pada malam ini. Hanya Allah SWT sahajalah yang mampu membalas pengorbanan sahabat-sahabat dan saya doakan agar ia tercatat sebagai pelaburan saham akhirat dengan Allah dalam perniagaan yang tentunya tidak akan rugi. Marilah sama-sama kita mengikhlaskan seluruh niat kita hanyasanya untuk mencari keredhaan Allah SWT, Semoga kita semua akan terus istiqamah dan beriltizam bersama

Ukhuwwah Teras Pembangunan Ummah

MUHAMMAD IDRIS BIN PO’AT
PENGERUSI
KELAB NASYID AL-UKHUWWAH SESI 2008/2009
Continue Reading...

Rabu, 14 Oktober 2009

TANDA-TANDA JATUH CINTA


1. Selalu ingin bertemu.Orang yang jatuh cinta kepada Allah selalu ingin bertemu dengannya. Hal ini diwujudkan dengan shalat.

2. Malu-malu jika yang dicintai memandangnya. Sikap ini tercermin nyata bagi kaum hawa. Aplikasi tingkat malu mereka lebih tinggi daripada pria. Cinta kepada Allah akan membuat kita merasa malu bila sampai melakukan kesalahan.

3. Banyak mengingat dan menyebut nama yang dicintainya. Orang yang jatuh cinta, merasa bangga ketika menyebut yang dicintainya, terutama dikala dalam keadaan bahaya. Inilah yang diisyaratkan Allah dalam firman-Nya, “... jika kalian bertemu dengan musuh, berteguh hatilah dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya ,” (QS Al-Anfal : 45).

4. Tunduk kepada apa yang diperintahkan yang dicintainya. Imam Syafi’i pernah berttur dalam syairnya, “Seandainya cintamu itu benar, tentu engkau akan menaatinya. Karena sang pencinta pasti akan menuruti yang dicintainya.” Allah juga berfirman ,”Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku (Myuhammad) niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kalian.” (QS al-maidah : 31).

5. Sabar terhadap ujian dari yang dicintainya. Bahkan, kesabaran itu harus manjadi ketaatan.

6. Mencintai apa yang dicintai sang kekasihnya. Diceritakan bahwa Anas bin Malik menyukai labu karena Rasulullah saw menyukai buah itu.

7. Cemburu terhadap apa yang dicintainya. Ketika Sa’ad bin Ubadah menggambarkan, jika ia menemujkan istrinya bersama lelaki lain, ia akan marah dan membunuhnya lantaran cemburu, Rasulullah saw bersabda, “Apakah kalian heran terhadap kecmburuan Sa’ad? Sungguh aku lebih pencemburu daripada Sa’ad. Allah lebih pencemburu daripada aku,” (HR Bukhari Muslim).

8. Bersedia berkorban untuk yang dicintainya. Hal ini telah dicontohkan oleh para sahabat. Mereka bersedia mengorbankan apa saja demi kejayaan Islam yang mereka cintai.

9. Bergetar jika disebut nama atau sesuatu yang berkanaan dengan yang dicintainya, Inilah sifat orang-orang mukmin yang digambarkan Allah dalam firman-Nya, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang bila disebut nama Allah, bergetarlah hatinya,...” (QS al-anfal : 2).

(Sumber : Raudhatul Muhibin, Ibnu Qayyim Al-Jauziyah)
www.rumahkusurgaku.com
Continue Reading...

Khamis, 17 September 2009

SALAM AIDILFITRI DARI PERANTAU


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salam Aidilfitri diucapkan kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri ini.

Di sini terlebih dahulu saya ingin mohon maaf zahir dan batin atas kesalahan ana jika sebelum ini ada terkasar bahasa, buat korang x puas hati n sebagainya dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki.

Ramadhan Kareem akan meninggalkan kita. Hanya tinggal beberapa hari lagi. Janganlah kita melupakannya dan istiqamah dalam mendekatkan diri kepada Allah, serta melakukan amal ibadat walaupun berada di bulan yang lain. Pada saat ini, kita perlu muhaabah diri kita termasuk yang menulis ini adakah kita mencapai sasaran puasa kita iaitu mencapai ketaqwaan kita kepada Allah. Kita hanya mampu mengharap kepada Allah menerima ibadat kita sepanjang bulan ini. Selain itu, selepas keluar dari Universiti Ramadhan Kareem ini kita dapat menyucikan jiwa sebagaimana bayi yang baru lahir ke dunia. Dan kita berdoa kepadaNya suapay kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang. InsyaAllah.....

Sedar x s sedar beberapahari lagi kita akan menyambut Aidilfitri yang penuh mulia. Bagi umat Islam hari raya ini merupakan hari kemenangan setelah kita mengharungi tarbiyyah ramadhan. Biarlah kita manyambut hari kemenangan ini dengan membuktikan ada perubahan dalam diri kita dan bertambah dekat kita dengan Allah swt. Kita mestilah bersyukur atas nikmat yang diberi oleh Allah..

Sekali lagi ana ingin mohon maaf zahir dan batin dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki. Moga ramadhan yang akn berlalu memberi impak kepada diri kita da aidilfitri yang bakal disambut menjadi penuh makna walaupon dimana kita berada.

Akhir sekali kepada ahli keluarga yang jauh disemenanjung abang mahon maaf dan mintak halal makan minum dan sebagainya. Dah tiga Tahun beraya kat sarawak nie rindu sangat nk raya kat umah. k wasalam....
Continue Reading...

Selasa, 15 September 2009

BERKAT REZEKI KERANA SEDEKAH

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)
10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.
11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.
Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'
Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.
Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.
Continue Reading...

Ahad, 13 September 2009

Berzinakah Aku??????

Ø Kami tidak berzina!

Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina

Ø Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar,minum-minum…adakah itu menghampiri zina

Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan

Ø Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis

Ø Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Ø Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zina tangan( berpegang-pegangan),ada zina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:

Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud)

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan

Ø Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tak diberkati Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia,akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Ø Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Study group…?nampak macam lain macam saja. Manja,senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun,carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Ø Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa?Awak kurang sihat ke? Ingat,kita bukan malaikat,tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada keinginan. Itulah manusia

Ø Kami sama-sama belajar,study group,saling memberi semangat dan motivasi

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula

Ø Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak!Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.

Ø Tentu ada cinta secara Islam

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah:

Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibni Majah)

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia

Ø Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat,rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab,dah berani pegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Ø Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat,tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang

Ø Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak awal penciptaan manusia,Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa,jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah:

Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya,apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim (Al-A’araf:ayat 19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah,takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Ø Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang,penyabar,pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta,merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta,dia seorang yang amat penyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin,lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi,perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Ø Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Ø Tanya sikit…adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke? ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik,abang,kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan

Ø Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri,tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

Ø Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman:

Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah an-Nur: Ayat 3)

Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Ø Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik

Ø Kami telah berjanji untuk sehidup semati

Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu,sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Ø Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang ‘second hand’ sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta di show room; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goring dan segelas air sirap bandung,bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya

Ø Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ya,masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah:

Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina)…Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar (Al-Ahzab: ayat 35)

Ø Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariMya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya

Ø Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:

1. tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini

2. menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan

3. berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijap Kabul

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa…

Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu

Ø Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana.

Ya Allah,bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka

Continue Reading...
 

Ijlis Bina Nu'man Saah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template