Rabu, 11 November 2009

JANGAN GANGGU SARANG LEBAH!!!!


Kita selalu mendengar cerita atau kisah teladang tentang sekumpulan budak nakal diserang oleh sekumpulan lebah. Ini kerana mereke telah mengganggu sarang lebah. Selepas mereka diserang dan disengat, mereka menyesal dan menginsafi perbuatan mereka.

Alhamdulillah, mereka semua insaf dan menjadi manusia yang berguna kerana “nasihat” daripada serangga yang kerdil lagi lemah iaitu lebah. Di sini bukan tujuan ana nak cerita tentang lebah tetapi ana menggunakan cerita ini untuk menggambarkan kronologi pengalaman ana dalam kehidupan ini. Cerita ini, ana bukan digambarkan sebagai budak nakal tetapi si lebah. Kenapa ye? Ok, ana cerita dari awal. Ana rasa hidup ana seperti lebah kerana mungkin dari segi fizikal ana yang lemah dan kecil. Tetapi itu bukan penghalang untuk ana bergiat dalam bidang dakwah ini. Bidang dakwah tidak lari dari ancaman dan cabaran. Lebah hidup mereka hanya mencari manisan pada bunga dan dikumpulkan menjadi madu untuk kegunaan mereka dan manusia. InsyaAllah, hidup ana di dunia ini adalah mencari kemanisan iman dan memberi manfaat kepada keluarga dan masyarakat.

Cerita yang ana akan kongsikan masih panas dibicarakan sehingga sekarang. Cerita ini bermula pada waktu senja hampir maghrib ana menegur sepasang pasangan yang sedang “study” di jeti tasik. Pada awalnya ana tegur dengan baik. Tetapi mereka menjawab dengan agak kasar. Semasa ana tegur mereka ana tidak menuduh mereka berdua-duan dan melakukan perkara tidak senonoh tetapi ana pesan kepada mereka tentang perbuatan sebegini boleh mendatangkan fitnah. Selepas itu ana terus meniggalkan mereka berdua di jeti itu.

Selepas selesai solat insya’ di masjid ana pulang ke bilik. Seperti biasa bila masuk bilik ana terus buka laptop dan mendengar lagu-lagu nasyid. Mungkin ana kepenatan seharian tak henti-henti buat kerja. Jadi pada malam itu, ana tidur awal dalam pukul 11.30 mlm (biasa tidur kul 2-3 pagi). Tengah-tengah ana tidur lena tiba-tiba romate kejutkan ana sebab ada orang dating nak jumpa ana. Ana terus bangun dan tengok jam tangan menunjukkan pukul 2.00 pagi. Ana jadi hairan pagi-pagi buta ada orang nak jumpa. Apabila ana berpaling ke arah pintu kelihatan dua orang sedang tunggu dengan salah seorang mencekak pinggang. Rupa-rupanya orang yang mencekak pinggang itu ialah orang yang ana tegur petang tadi. Dengan nada yang tinggi, dia menanyakan soalan “kau ada tak puas hati nga aku ke?” terus ana menggelengkan kepala menandakan tiada apa-apa. Dia terus maki hamun ana tetapi masa itu ana hanya mampu bersabar dan berdiam diri kerana tidak mahu sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Bak pepatah api yang sedang marak jangan disimbah dengan minyak. Dia telah mengugut ana jangan ganggu hidup dia lagi.

Selepas peristiwa malam tersebut ana tidak menceritakan kepada sesiapa tetapi rahsia itu hanya bertahan sebulan sahaja. Sehingga sekarang ana masih bingung macam mana rahsia ini bocor. Paling mengejutkan ana kejadian itu diketahui oleh kawan-kawan ana. Justeru dapat berita tentang kawan ana tahu kejadian malam itu ana terus jumpa kawan dan mengingatkan mereka supaya jangan dibesarkan hal ini dan jika mahu perkara ini diselesaikan harap bincang dengan baik. Namun semua apa yang ana pesan tadi meleset sama sekali. Perkara yang ana tidak jangka telah berlaku iaitu kawan-kawan ana telah membelasah “si dia yang datang ke bilik ana”. Selepas mereka pukul “si dia” dan “si dia” telah meminta maaf kepada ana diharap kes ini selesai dan tiada lagi kes gaduh selepas ini.

Berselang beberapa minggu selepas itu, kejadian yang sangat mengejutkan telah berlaku iaitu pergaduhan besar berlaku antara kumpulan “si dia” dan kumpulan kawan ana. Pergaduhan ini adalah bermotifkan dendam dan tidak puas hati dengan kejadian minggu lepas. Kes pergaduhan besar ini mejadi isu hangat sehingga kini dan kesemua yang terlibat sedang dibicarakan termasuk ana dan bakal menerima hukuman dari pihak pengurusan.

Untuk pengetahuan semua yang berkunjung blog ini kes seperti ini bukan kali pertama ana terlibat tetapi zaman sekolah rendah lagi. Lau sesiapa yang pernah tengok cerita “X-MAN” ada watak seorang orang tua botak yang lumpuh tetapi dapat mempengaruhi yang lain. Mungkin ana seperti watak itu(poyo). Ana sudah lama terfikir benda ini kenapa setiap kali ana ada masalah atau susah mesti ramai yang tolong kadang-kadang ana rasa tidak pernah kena buli. Mungkin inilah hikmah ana seorang yang lemah, kecil dan sebagainya.

Oleh itu, lebah merupakan serangga yang mempunyai hikmah tersendiri dan ambilllah iktibar dari cerita atau kehidupan seekor lebah. Dimana mereka hidup hanya mencari madu untuk manfaat kepada manusia dan mereka hanya menjadi ganas apabial manusia mengganggu hidup mereka. Selepas mereka mengganas, manusia menyalahkan mereka tetapi tidak menyiasat kenapa mereka mengganas. Renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Ijlis Bina Nu'man Saah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template