Ahad, 18 Oktober 2009

UCAPAN DASAR MUKTAMAR SANAWI KNU KALI KE_6

UCAPAN DASAR
PENGERUSI KELAB NASYID AL-UKHUWWAH UPMKB
SEMPENA MUKTAMAR SANAWI KALI KE-6
TEMA : MEMPERKASA UKHUWWAH MENJANA PERUBAHAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Yang Dimuliakan Tuan Pengerusi Tetap,
Yang Dikasihi Sdr Timbalan Pengrusi KNUUPMKB,,
YBrs Barisan Majlis Tertinggi dan Saff kepimpinan KNUUPMKB,
YBrs Pengarah Muktamar Sanawi KNUUPMKBkali ke-6,
Para Ahli dan semua tetamu yang dihormati sekalian.

MUQADDIMAH

Sidang hadirin yang dirahmati Allah,
1. Pertamanya, saya ingin melahirkan rasa kesyukuran yang setinggi-tingginya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan inayah, kasih sayang, serta keizinannya kita dipertemukan oleh Allah s.w.t. di dalam Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah UPMKB (KNUUPMKB) kali ke-6 bagi sesi 2009/2010 ini. Sekali lagi, saya panjatkan rasa takzim yang tidak terhingga kepadaNya kerana medan tarbiyyah Ramadhan yang kita selesai tempuhi baru-baru ini, memimpin diri kita untuk terus hadir dalam Muktamar Sanawi KNUUPMKB kali ini dengan matlamat untuk terus menyokong organisasi yang melebarkan sayap dakwah di UPMKB.
2. Dengan penuh rasa kesyukuran dan berbesar hati, izinkan saya bagi pihak kepimpinan KNUUPMKB dan juga AJK Pelaksana Muktamar Sanawi kali ini, mengalu-ngalukan kehadiran para jemputan kehormat, para ahli, para pemerhati yang dimuliakan lagi dikasihi sekalian dengan ucapan “Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum”-“Selamat Datang dan Salam Sejahtera”. Dikesempatan ini saya ingin mengucap tahniah dan syabas kerana antum semua terpilih dalam golongan yang menjalankan amar makruf dan nahi mungkar di UPMKB. Mudah-mudahan perhimpunan kita pada hari ini dengan membawa misi untuk mengangkat keizzahan Islam dan beramal dengannya mendapat payungan rahmat serta kasih sayang Allah dari awal hingga akhirnya.
3. ‘Memperkasa Ukhuwwah Menjana Perubahan’ telah disepakati oleh pimpinan sedia ada untuk dinobatkan sebagai tema Muktamar Sanawi KNUUPMKB kita yang ke-6 pada kali ini. Harapan yang sebegini besar dilontarkan kepada sidang muktamar sekalian agar suatu bentuk perbahasan yang lebih mantap dapat kita padukan pada kali ini supaya benar-benar harapan yang menggunung daripada kepimpinan lepas dengan wujud suatu kesinambungan yang bertali arus buat kepimpinan yang bakal menerajui KNUUPMKB akan datang.

MEMPERKASA UKHUWWAH MENJANA PERUBAHAN

4. Islam merupakan agama yang syumul, meliputi segala aspek bahkan keindahan ajaran Islam telah mengangkat martabatnya sehingga menjadi cara hidup manusia. Namun kita perlu sedar bahawa survival dakwah Islam bukanlah hanya terletak di bahu para du’at yang bergelar ustaz dan ustazah semata-mata, bahkan tugas mulia menyebarkan intipati kalimah Islam ini sebenarnya menjadi tanggungjawab setiap Muslim, tidak kira sama ada yang berlatarbelakangkan pendidikan agama secara khusus mahupun tidak. Ini kerana peranan yang sebegini besar telah Allah s.w.t rakamkan di dalam Al-Quran dengan firmanNya :
104. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.
5. Kandungan ayat ini sewajarnya kita jadikan bahan motivasi untuk memberikan kita kekuatan dalam menyebarkan agama Islam pilihan Allah ini. Tidak kira siapa jua kita, yang lebih utama ialah mesej untuk mengimarahkan muka bumi Allah ini dengan perintah serta syariatNya dapat disebarluaskan. Apatah lagi bagi kita yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi Islam di UPNKB ini, boleh dikatakan semua mengambil jurusan berakaitan dengan pertanian dan menjadi antara golongan yang akan memberi sumbangan dan manfaat kepada masyarakat sekitar selepas keluar dari lama pendidikan nanti, sewajarnya kitalah yang menjadi ‘tangan-tangan penyelamat’ kepada mereka yang hampir hanyut dalam dunia yang yang bertuhankan hiburan dan materialistik pada hari ini.
6. Kompilasi di antara ilmu agama dan juga ilmu duniawi khususnya bidang pertanian dilihat mampu memudahkan lagi urusan dakwah untuk dijalankan. Memandangkan kerjaya sebagai seorang petani atau sebagai usahawan yang sebelum ini dipandang rendah dan hanya untuk golongan tertentu sahaja, maka menjadi kewajipan kita untuk membuktikan bahawa bidang ini menjadi satu sektor yang penting dalam mencapai kemajuan agama, bangsa dan negara dengan mengamalkan prinsip-prinsip Islam. Namun sebelum kita melangkah ke arah yang dinyatakan tadi mestilah kita mempersiapkan diri kita dengan tarbiyyah yang mantap dan pemahaman yang telus tentang ilmu Islam selain dari ilmu duniawi yang kita pelajari di kuliah-kuliah. Bertepatan dengan tema kita pada kali ini iaitu Memperkasa Ukhuwwah Menjana Perubahan’ saya ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama kita bermuhasabah menyemak kembali peranan yang telah Allah wartakan buat kita.

SENARIO HARI INI

i) Komitmen Ahli

7. Sepanjang sesi yang lepas saya dapati komitmen ahli terhadap kelab sangat lemah. Kita dapat ukur komitmen ahli dengan penglibatan mereka dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab ini. Kehadiran mereka begitu kurang dan kadang-kadang aktiviti itu tidak dapat dilaksanakan kerana tiada sesiapa pun hadir. Ini antara faktor kenapa kelab ini semakin lemah dan aktiviti dakwah terbantut. Jadi sama-samalah kita muhasabah diri kita termasuk orang berkata-kata ini. Dimana silapnya dan perkara ini terjadi. Kita perlu diingatkan bahawa kelab ini bukan semata-mata kelab yang bercirikan Islam dengan aktiviti nasyid tetapi kita harus ingat kelab ini memikul tanggungjawab yang besar iaitu mewujudkan biah solehah di kampus ini. Suka saya disini ingin mengingatkan semua yang hadir serta ahli kelab visi kelab ialah “Mengembangkan syiar Islam menerusi penerapan nilai-nilai Islam yang syumul untuk melahirkan individu yang bukan sahaja berkebolehan dalam bidang kesenian dan kebudayaan malah memahami dan taat kepada ajaran Islam” dalam bahasa lebih mudah iaitu biah solehah atau suasana yang baik dalam kampus ini.
8. Komitmen yang baik dapat dipupuk dikalangan ahli apabila kita mengikhlaskan diri untuk menyertai kelab ini. Jika sebelum ini kita sertai kelab ini kerana dipaksa atau mengikut kawan atau kerana sesuatu yang lain maka mulai saat ini kita perbetulkan niat kita beramal kerana Allah. Selain itu, kita mestilah mempunyai rasa tanggungjawab dengan apa yang berlaku dalam kampus dan kelab ini khususnya. Sekiranya ada apa-apa perkara yang menyebabkan anda rasa kurang selesa dengan kelab ini anda boleh terus menegur saff kepimpinan kerana pihak kepimpinan akan menerima nasihat dan teguran dari anda. InsyaAllah.

ii) Akhlak Ahli

9. Kita sebagai ahli sebuah kelab yang menjalankan tugas menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kita akui mungkin bukanlah orang yang alim dalam ilmu agama, wara’, latar belakan pendidikan agama dan berbagai-bagai lagi alasa yang diguna untuk melepaskan diri dari tanggungjawab ini. Perkara ini telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dengan bersabda:
“Hendaklah kamu sampaikan ajaran aku walaupun satu ayat”
10. Justeru saya menyeru dan mengajak sahabat-sahabat sekalian, marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita dengan memnjaga akhlak kita kerana nur Allah tidak ade dalam suasana yang tidak baik. Akhlak memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi serta pertubuhan kerana melaluinya akan menggambarkan imej sebuah kelab tersebut. Juga ditegaskan di sini kelab ini bukan untuk menjaga tepi kain orang atau mengongkong ahlinya tetapi untuk membiasakan diri kita hidup di bawah rahmat tuhan dan diberkati-Nya. Jadi saya menyeru dan muhasabah diri kita termasuk saya bagaimanakah pergaulan kita, pemakaian, percakapan, dan kehidupan seharian kita. Adakah kita masih dilandasan ajaran Islam atau sebaliknya. Masih belum terlambat lagi untuk kita memperbaiki diri kepada yang lebih baik.

iii) Ukhuwwah sesama ahli

11. Bersesuaian dengan nama Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah UPMKB yang mengamalkan ukhuwwah islamiyyah yang di syorkan dalam agama Islam. Konsep ukhuwwah islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau perkenan daripada Allah SWT. Dia melontarkan kepada hati-hati hamba-Nya yang ikhlas dan suci, Allah SWT berfirman:
“dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat jua menyatupadukan di antara mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha kuasa lagi Maha bijaksana.” (Al-anfal: 63)
12. Ukhuwwah ini akan terbentuk atas satu aqidah sahaja bukan atas perkar-perkara lain. Di mana telah dinyatakan beberapa syarat iaitu mestilah berlandaskan keikhlasan kerana Allah. Kedua mestilah disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Selain itu, mestilah melazimkan diri dengan manhaj islam serta mestilah mempraktikkan amalan nasihat-menasihati seperti telah dinyata dalam surah Al-Asr. Dan akhir sekali mestilah melaksanakan konsep saling tolong-menolong antara satu sama lain sama ada dalam susah atau senang. Sama-samalah kita mengingsafkan diri adakah kita sudah cukup syarat yang nyatakan tadi.
KE ARAH PERUBAHAN
14. Mungkin ini agak berat bagi kita semua terutama sebuah kelab yang kerdil ini. Apa yang dimaksudkan dengan “ke arah perubahan” ialah kita perlu keluar dan masuk ke dalam masyarakat kampus dengan satu kelab yang dapat membimbing masyarakat luar seperti rakan-rakan kita yang hanyut dalam gelombang yang tidak mendatangkan manfaat kepaada dirinya dan orang lain. Kita juga mestilah mempunyai matlamat untuk mencegah kemungkaran dan menegak kamakrufan di kampus ini sekurang-kurang kita mengimbangi antara makruf dan mungkar di kampus ini.
15. Setelah kita mempersiapkan diri dengan ukhuwwah yang uuh serta pemahaman yang mendalam tentang Islam maka tidak ada masalh untuk kita mencapai ke arah perubahan alam kampus kepada biah solehah. Antara langkah-langkah untu mencapai perubahan kita perlu mempergunakan strategi yang betul dan kemahiran yang ada pada setiap ahli dengan mangabung tenaga dan idea bagi mancapai matlamat ini.
16. Antara Strategi yang kita gunakan ialah melaksanakan program yang labih fokus kepada masalah semasa di kampus ini dalam satu semesta. Contohnya pergaulan bebas antara mahasiswa dan mahasiswi. Kita sekarang mempunyai banyak masa untuk merancang program seperti ini kerana sebelum ini kita banyak melakukan program berbentuk perayaan Islam serta program isu semasa. Hal ini kerana telah wujud di bawah jawatan kuasa Pusat Islam sebuah jawatan yang dikenali sebagai JPPI (jawatankuasa pelajar pusat Islam). Juga diingatkan juga kepada ahli sekalian yang terlibat dengan jawataakuasa inijangan keliru antara tanggungjawab dengan sukarela. Kerana tugasan kelab merupakan tanggungjawab manakala JPPI adalah sukarela kerana JPPI asalnya di bawah KNUUPMKB sebelum ini.
17. Strategi lain yang boleh digunakan ialah setiap ahli mestilah melibatkan diri dengan lajnah-lajnah yang terdapat dalam organisasi kelab mengikut kemahiran masing-masing. Manakala bagi ahli yang rasa tidak ada kemahiran boleh menyertai mana-mana lajnah kerana ini lah peluang kita untuk mengasah bakat yang sebelum ini kita tidak ketahui. Contoh yang ada sekarang ialah lajnah publisiti dan penerbitan yang menubuhkan kre it dmana mengumpul ahli kelab yang mempunyai kemahiran dalam bidang it serta kartunis. Dan diharap kepada lajnah lain dapat membuat perkara yang sama untuk mengelak daripada kita merugikan tenaga mahir yang ada pada semua ahli.
18. Dan terakhir, kita mempunyai satu lajnah yang istimewa dimana lajnah ini hanya melibatkan satu golongan sahaja iaitu lajnah Helwani ringkasan daripada hal ehwal wanita. Kita boleh guna lajnah ini untuk menambah keberkesanan dakwah di UPMKB ini. Kenapa saya menfokuskan strategi ini kepada kaum muslimat sahaja kerana kaum ini sebenar mempunyai tariakn yang begitu kuat di UPMKB. Saya lebih suka memberi analogi atau perumpamaan dimana golongan muslimat di ibaratkan seperti sekuntum bunga. Dimana bunga itu berada maka disitu ada si kumbang. Jika bunga berada dalam taman yang indah disitulah kumbang ade jika sebaliknya bunga berada tepi parit yang busuk kumbang turut berada di situ bahkan lebih teruk kumbang lemas dalam parit yang busuk. Jadi saya mengharapkan pimpinan yang meneraju lajnah ini dapat mempergiatkan aktiviti khusus untuk mahasiswi sahaja.

PENUTUP

19. Akhir kalam, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu kehormat, dan yang lebih utama para perwakilan yang dikasihi sekalian yang hadir dalam Muktamar Sanawi kali ke-6.
25. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan “Jazakumullahu Khairan Kathira ” kepada semua yang menjayakan Muktamar pada kali ke-6 serta yang hadir pada malam ini. Hanya Allah SWT sahajalah yang mampu membalas pengorbanan sahabat-sahabat dan saya doakan agar ia tercatat sebagai pelaburan saham akhirat dengan Allah dalam perniagaan yang tentunya tidak akan rugi. Marilah sama-sama kita mengikhlaskan seluruh niat kita hanyasanya untuk mencari keredhaan Allah SWT, Semoga kita semua akan terus istiqamah dan beriltizam bersama

Ukhuwwah Teras Pembangunan Ummah

MUHAMMAD IDRIS BIN PO’AT
PENGERUSI
KELAB NASYID AL-UKHUWWAH SESI 2008/2009
Continue Reading...

Rabu, 14 Oktober 2009

TANDA-TANDA JATUH CINTA


1. Selalu ingin bertemu.Orang yang jatuh cinta kepada Allah selalu ingin bertemu dengannya. Hal ini diwujudkan dengan shalat.

2. Malu-malu jika yang dicintai memandangnya. Sikap ini tercermin nyata bagi kaum hawa. Aplikasi tingkat malu mereka lebih tinggi daripada pria. Cinta kepada Allah akan membuat kita merasa malu bila sampai melakukan kesalahan.

3. Banyak mengingat dan menyebut nama yang dicintainya. Orang yang jatuh cinta, merasa bangga ketika menyebut yang dicintainya, terutama dikala dalam keadaan bahaya. Inilah yang diisyaratkan Allah dalam firman-Nya, “... jika kalian bertemu dengan musuh, berteguh hatilah dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya ,” (QS Al-Anfal : 45).

4. Tunduk kepada apa yang diperintahkan yang dicintainya. Imam Syafi’i pernah berttur dalam syairnya, “Seandainya cintamu itu benar, tentu engkau akan menaatinya. Karena sang pencinta pasti akan menuruti yang dicintainya.” Allah juga berfirman ,”Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku (Myuhammad) niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kalian.” (QS al-maidah : 31).

5. Sabar terhadap ujian dari yang dicintainya. Bahkan, kesabaran itu harus manjadi ketaatan.

6. Mencintai apa yang dicintai sang kekasihnya. Diceritakan bahwa Anas bin Malik menyukai labu karena Rasulullah saw menyukai buah itu.

7. Cemburu terhadap apa yang dicintainya. Ketika Sa’ad bin Ubadah menggambarkan, jika ia menemujkan istrinya bersama lelaki lain, ia akan marah dan membunuhnya lantaran cemburu, Rasulullah saw bersabda, “Apakah kalian heran terhadap kecmburuan Sa’ad? Sungguh aku lebih pencemburu daripada Sa’ad. Allah lebih pencemburu daripada aku,” (HR Bukhari Muslim).

8. Bersedia berkorban untuk yang dicintainya. Hal ini telah dicontohkan oleh para sahabat. Mereka bersedia mengorbankan apa saja demi kejayaan Islam yang mereka cintai.

9. Bergetar jika disebut nama atau sesuatu yang berkanaan dengan yang dicintainya, Inilah sifat orang-orang mukmin yang digambarkan Allah dalam firman-Nya, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang bila disebut nama Allah, bergetarlah hatinya,...” (QS al-anfal : 2).

(Sumber : Raudhatul Muhibin, Ibnu Qayyim Al-Jauziyah)
www.rumahkusurgaku.com
Continue Reading...
 

Ijlis Bina Nu'man Saah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template