Jumaat, 27 Mac 2009

Lelaki di akhir zaman ini...

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Keberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir..

-Sekadar renungan -
Continue Reading...

AL-KISAH PAK LAH

Dialkesahkan maka orang-orang kampung pun berkumpullah untuk melihat dan melangok. Maka gendang pun dipalu dan canang dipukul. Ada yang mencangkung, ada yang berdiri melihat gelagat segala peri.

Ketua cawangan naik Proton
Ketua bahagian naik Wira
Kontraktor kelas F naik Honda
Putera datang naik tongkang
Puteri datang membawa kangkang
Para YB naik Mercedes
Menteri datang takut muflis
Datang berkumpul bukan menangis
Dolah berundur amatlah tragis

Mereka datang berkumpul untuk melihat muka Dolah kali terakhir sebagai perdana menteri, sebagai presiden United Malays National Organisation dan sebagai pengerusi Barisan Nasional.

Mari mendengar surah saya tentang apa yang berlalu lima tahun dahulu.

Ketika Mahathir Mohamad meletakkan jawatan, saya masih berada di kem tahanan Kamunting. Berita tangisan Mahathir saya sambut dengan ketawa terbahak-bahak.

Gambar Mahathir menangis di perhimpunan agung Umno itu amat lucu sekali.

Sampai sekarang saya tidak dapat melupakan kasut Rafidah Aziz yang terpatah kerana hendak mengejar dan mencium lutut Mahathir. Semenjak hari itu Dolah telah mula memasang badan sebagai perdana menteri.

Pada malam saya bakal dihantar ke kem Kamunting (Jun 2001) – surat arahan menahan dua tahun – telah ditandatangani oleh Abdullah Ahmad Badawi kerana ketika itu dia menjawat Menteri Dalam Negeri.

Pernah wartawan bertanya kepadanya tentang 10 penggerak Reformasi yang ditahan dibawah ISA, Dolah telah menjawab “…saya tidak tahu…”

Di Kamunting, apabila saya mendengar jawapan “saya tidak tahu” daripada Dolah, maka terlintas juga di kepala saya mungkin si Mamat ini seorang jantan politik yang licik. Dapat mengelak soalan daripada para wartawan.

Apabila saya dibebaskan dua tahun kemudian, saya telah mementaskan teater Tok Sloo dan Bilik Sulit. Bilik Sulit ialah tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala Tok Sloo pula teater komedi.

Dua buah drama ini telah dibawa keliling Semenanjung untuk dipertontonkan kecuali di Perlis.

Tok Sloo memecahkan perut saya sendiri. Saya menulis watak Tok Sloo berdasarkan watak Dolah dan orang-orang di sekelilingnya. Dolah pada ketika teater ini ditulis baru sahaja menjadi perdana menteri.

Scomi – syarikat milik Kamaluddin anaknya - masih belum heboh dan masih belum glamor lagi. Peniaga komponen nuklear BSA Tahir belum menjadi hiasan muka depan majalah Time.

Khairy Jamaluddin baru selesai bersunat politik kerana dapat berkahwin dengan Nori. Kak Endon masih hidup. Kalimullah masih belum kaya-raya. Monsoon Cup dan Jackie Chan belum pernah sampai di Seberang Takir.

Selesai pementasan keliling di Semenanjung, saya telah bertemu dengan seorang kawan lama saya, Cikgu Hashim dari Perlis.

Kami bersembang di sebuah warung pokok ketapang di hadapan pejabat Malaysiakini, Bangsar Utama. Sambil ketawa, sambil kami berlabun tentang siasah semasa.

Akhirnya sampai kepada watak Tok Sloo. Kami ketawa berdekah- dekah. Akhirnya kawan saya ini memberi satu nasihat “… kamu janganlah lawan Dolah ini… Kalau kamu tulis keras sangat tentang dia, macam kamu lawan orang cacat…”

Inilah kata-kata yang membuatkan saya terbarai ketawa hingga ke hari ini.

Apabila saya duduk bersendirian di hadapan komputer dan ingin menulis sesuatu tentang Dolah, maka saya teringat pesanan kawan itu.

Apabila saya perhatikan gerak dan tingkah laku politik Dolah, maka saya cukup yakin bahawa susuk yang bernama Dolah ini ‘orang cacat’ dari segi pemahaman politik.

Akhirnya saya menarik diri daripada mempersendakan Dolah. Saya rasakan cukup tidak adil jika saya terus menulis tentang manusia ‘cacat’ ini.

Saya rasa macam saya bergaduh dengan budak-budak.

Dari awal lagi saya telah menulis bahawa Dolah ini adalah perdana menteri accidental – atau PM yang tidak tersengaja. Dolah tidak memiliki ciri dan pola yang boleh dinobatkan sebagai pemimpin negara.

Dolah dijadikan perdana menteri hasil perancangan licik Mahathir.

Mahathir tidak salah pilih, dia sengaja memilih ‘si cacat’ ini agar dia sendiri akan menjadi Pak Dalang di belakang tabir.

Hanya satu kesilapan Mahathir, dia kurang sedar ada ramai dalang-dalang lain – Khairy, Kamaludin, Kak Endon dan Kalimullah - yang juga bersiap sedia untuk menjadi Pak Dalang kepada si Dolah.

Pada tahun pertama Dolah sebagai PM, cerita mula tersebar bagaimana Dolah ini suka tidur ketika bekerja atau dalam mesyuarat. Pada awalnya saya rasa cerita-cerita ini hanyalah ‘kempen hitam’ oleh musuh-musuh Dolah dalam United Malays National Organisation.

Tetapi apabila gambar demi gambar mula muncul memperlihatkan ‘Dolah tidur’, maka saya yakin ‘kecacatan’ Dolah ini tidak mungkin dapat diperbaiki.

Teman-teman sekolah saya yang menjadi ahli perniagaan mula bercerita betapa Dolah tidak memilki keupayaan untuk mendengar taklimat projek-projek yang cuba dibangunkan.

Dolah tidak memiliki daya fikir yang lapang dan luas. Saya juga difahamkan si Dolah ini tidak membaca dan tidak memiliki daya fikir yang dapat melihat dengan jauh dan terperinci.

Pada pilihanraya umum 2004 Dolah telah diberikan mandat besar tetapi Dolah kurang arif untuk memahami makna mandat itu. Semua perancangan yang dibuatnya tinggal terbengkalai setengah jalan.

Dolah mengajukan Islam Hadhari, tetapi saya juga was-was apakah Dolah sendiri memahami konsep yang diajukannya itu.

Para kroni Dolah makin naik tocang. Mereka membedal dan membelasah apa sahaja dana negara yang boleh mereka sebat. Dolah sebenarnya tidak memahami satu pun teori ekonomi, jauh sekali untuk menghadam pergolakan politik global.

Dolah bukan seorang insan yang jahat, ganas dan licik seperti Mahathir. Dolah tidak memiliki sifat membunuh seteru politiknya. Dolah ini seorang yang warak dan berperangai baik. Dolah seorang ritualis agama.

Kalau di kampung saya di Jelebu, Dolah ini akan dilantik sebagai Tok Siak. Sekali-sekala kalau Tok Imam masjid demam, mungkin dia akan dibenarkan mengepalai sembahyang.

Dalam adat Perpatih di Jelebu, Dolah ini tidak akan duduk di anjung rumah bersama kepala adat. Dia akan duduk di tepi pintu untuk mengangkat dulang dan cawan.

Kalau di penanggah di kampung saya, Dolah ini akan menjadi pengacau beras di kawah ketika kenduri-kendara - tidak lebih daripada itu.

Akhirnya Dolah betul-betul menjadi watak Tok Sloo. Ada kesedihan juga dalam hati saya apabila Dolah berundur. Saya sedih dan kasihan melihat Dolah yang ‘cacat’ ditibai Muhyidin yang menjadi suruhan Mahathir.

Dolah terkapai-kapai hilang nafas.

Penasihat-penasihat politik Dolah hanyalah budak yang baru bersunat politik – tidak dapat melakukan apa-apa selain daripada meminta tandatangan akhir dari Dolah untuk projek-projek skim cepat kaya.

Apakah agaknya yang akan kita ingati tentang Abdullah Ahmad Badawi sepuluh tahun dari hari ini?

Mungkin kita akan teringat tentang Dolah yang suka tidur. Atau Dolah bapak mentua KJ. Atau Dolah yang cuba membuka ruang demokrasi di Malaysia tetapi telah digagalkan oleh Mahathir kerana bekas PM itu telah menyediakan budak suruhannya yang akan bersumpah bersetia agar tidak dihantar ke Mongolia untuk menjadi duta.

Hari-hari akhir seorang Dolah sampai
Kamal datang dengan Scomi
KJ datang dengan Nori
Kali datang dengan AirAsia
Jeanne datang dengan kain tudung baru
BSA Tahir datang memakai topeng
Saat akhir akan berlalu
Mereka amat bersedih dan terharu
Dolah terlupa memakai celana dan sepatu

Maka demikianlah berakhir kesah Tok Sloo
Untuk dijadikan tauladan dan sempadan
Dari anak kepada cucu dari cicit kepada menantu
Untuk jadi ingat-ingatan sepanjang zaman

Continue Reading...

cite pak pandir

Teruna: “Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama.”
Cewek: “Apakah kau rela kalau aku pergi?”
Teruna: “Tentu Tidak! Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu.”
Dara: “Apakah kau mencintaiku?”
Teruna:: “Tentu! Selamanya akan tetap begitu.”
Dara: “Apakah kau pernah berlaku curang?”
Teruna: “Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu.”
Dara: “Maukah kau menciumku?”
Teruna: “Ya…”
Dara: “Sayangku… Sesudah 5 tahun nikah…”

Sila baca dari bawah ke atas.

Continue Reading...

ELAKKAN SIFAT PUTUS ASA

SALAM Adoiii...x da idea nk tulih. Lau tgk tajuk "ELAKKAN SIFAT PUTUS ASA" bkn nk bg pengisian tau tazkirah cuma nk berkongsi pengalaman. Skng ana ada byk maslh dri segi peljaran, aktiviti kelab n peribadi. Tjuan ana tulih nie bkn nk mengadu sal masalh ana cuma nk ambk iktibar trutama hok nulih nie sdiri. Kadg-kadang ana rase ada sifat futur gak dgn mslh nie cm peljaran byk kelas xhdir bkn poteng p...(rahsia). Kwan kat Kels pn nmpk pk ckp bkn2 sal ana slalu x g kels p ana wak pekok tlinga jo n wak xtau po2. Tu satu mslh p byk ag mslh lain trutama sal kelab. Nie lah pengalmn pling berharga n jarang ore dpt peluang nie. Lpas ana kuar dari u tau kuar di alam pembeljarn ana akn cite kat org yg ana penah jadi pengerusi kelab. sblm nie ana x penh jadi ketua pa2. Ana jz jd kuli@balaci org je. P ana ingt kata2 keramat enth ana lupo sapo yang ckp p die kato "pemimpin yang baik padfa masa nie ialah anak buah yang taat kpd pemimpin pd maso dulu" (amin...harap2 ana tgolong dlm golongan tersebut.) skg ana bru tau jd ketua lbh susah dri jd kuli cz kuli x perlu pk pnjg jz ikut je bos surh p lau jd bos kene pk stiap arahn yg dberi (dulu ana slalu komling ketua kato ketua hnya tahu wi arahe jh p x pk org bawh) p skg ana bru tau bhwa tggapan ana dlu salh. Yg mnjadi maslh bilo jd ketua ialh apobilo ank buah x ikut ckp kito...p pling ana x thn n kdg2 rase nk lari je dri tggungjwb nie bilo apo yg dirncg x stu pon menjadi. 2 yg kadang2 ana rase lmh smgt (putus asa). P nasib baik ada sahabt2 yg mberi smgt n sokongan..ana ucap ribuan trima kasih n hanya ALLAH yg dpt bls jasa baik korg. maslh sterusnya mslh peribadi...yg nie ana xnk cerita. ok kite trus pada topik.(Baru nk masuk tajuk) nape ana pilih tajuk nie untuk goreng dalm entry nie cz ana ambik slh salah stu isi dlm ucapn pengerusi AMAL cwngan sarwk yang baru dilntik pda brapa minggu yang lps iaitu akhi Mukhta bib Suhaili. Alhmdulillah ana smpt g ke muktamar tersebut kat miri. Dlam ucapan beliau menegaskan kepada penggerak kerja Islam supaya jauhkan sifat mudah putus asa. kerana sifat ini akan merencatkan gerak kerja Islam. Dalam gerak kerja ini xda stu pon jalan mudah n xda maslh. lau nk d pk sal maslh kerja x kan jalan so anggap maslh sbagai cabaran n mematangkn pemikiran n gerak kerja ISlam itu sdiri. Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. barang siapa menolong agama Allah, Allah akan menolong nya. Ok lah 2 saje yang ana dpt goreng dlm entry nie. k wasalam.
Continue Reading...

Rabu, 25 Mac 2009

WANITA SASARAN IBLIS


Dikisahkan dalam suatu peristiwa,ada seorang gadis kota,hidupnya sederhana.Ibunya seorang miskin dan ayahnya sudah tiada.Gadis itu cantik menawan,rajin membaca Al-Quran,rajin solat berjamaah,tidak gelisah dengan kemiskinannya. usianya yang sedang mekar,sangat banyak kumbang yang datang,baik untuk menggoda atau meminangnya.Hatinya telah teguh beriman,tidak terpengaruh dengan dunia yang menggoda.Ibunya sedar bahawa iman harus tetap dijaga.Maka tetaplah ia memilih pemuda miskin dari keluarganya. Hari berganti bulan berlalu.Kembang yang mekar harum semerbak.Tercium di daerah yang jauh.Maka datanglah pemuda tampan dan sangat kaya.Datang meminang anak gadis tersebut.Kerana sudah ditunangkan,lebih-lebih lagi pemuda yang datang iitu tidak beriman,maka pinangannya ditolak.Pemuda itu merasa sakit hati,cintanya ditolak.Ia lalu mencari jalan,dan iblis menunjukkan jalan berpura-pura masuk Islam.Ia menyatakan masuk Islam untuk menipu,agar memperolehi gadis idamannya itu.

Akhirnya pemuda itu membaca syahadah dengan disaksikan masyarakat dan dia jugarela dikhitan.Kini pemuda itu menjadi seorang muslim.Diaselalu datang menemui gadis itu,dan berkata kepada ibu gadis itu bahawa nanti kalau sudah menjadi isterinya derita dan sengsara mereka akan dapat diselesaikan.Tidak lagi akan kekurangan makanan,pakaian dan perhiasan.semuanya akan dipenuhi.

Demikian pujuk rayu yang selalu ditanamnya,dan iblisdatang setiap hari memberikan
dorongan kepada pemuda itusehingga membingungkan anak gadis dan orang tuanya.Usaha pujuk rayu kini berhasil.Gadis membatalkan tunangannya,dan menerimma pinangan pemuda kaya itu.Masa pun berlalu,dengan kurnia Tuhan pasangan suami isteri itu mendapat anak lelaki dan perempuan.Si suami rajin mengerjakan solat berjamaah di masjid.Dan kini si suami merasa rindu ingin pulang ke kampong halaman orang tuanya.

Sebagai seorang isteri dia tidak mampumenolak ajakan suaminya itu.Dia juga ingin melihat mertuanya yang belum pernah dikenalnya.Namun apa yang terjadi sangat menyedihkan,gadis yang rajin beribadah itu tidak dibolehkan lagi melaksanakan solat.Dia harus meninggalkan agamanya.dan agamanya ditukar dengan seorang suami.Kini jelaslah bahawa rayuan boleh menyesatkan seorang gadis cantik dari jalan yang lurus. Dia tergelincir,menukar agamanya,dengan dunia yang belum tentu bahagia.

Oleh itu,berhati-hatilah wahai kaum wanita,ketahuilah bahawa masalah cinta adalah masalah yang sangat besar dalam hidup ini.Siapa yang keliru dalam bercinta ia akan tersesat lebih jauh lagi. Memang iblis akan selalu datang menggoda dan merayu manusia termasuk gadis yang sedang mekar berkembang.Siapa yang kena rayuan akan tersesat,tetapi saiapa yang kuat iman akan selamat.
Continue Reading...

Selasa, 24 Mac 2009

Renugan Bersama

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan
Allah.
Continue Reading...

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Continue Reading...

Ijlis Bina Nu'man Saah

إجلس بنا نؤمن ساعه 
Marilah kita duduk sejenak dan beriman


Ijlis bina nu'man saah. Inilah lafaz yang ingin diri berkongsi kali ini. Lafaz agung yang diungkapkan oleh sahabat Baginda, Muaz bin Jabal. Lafaz yang diungkapkan bilamana dunia telah menjadi matlamat yang lebih utama daripada akhirat. Kenapa sedemikian? Hayatilah maksud kalam Allah swt ini:

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi...(Al Qashash:77)

Akhirat adalah matlamat utama seorang muslim. Matlamatnya hanya menuju Allah. Namun tidak pula seorang muslim itu disuruh melupakan sepenuhnya akan hal dunia. Segala tanggungjawab perlulah juga dilaksanakan. Hanya terkadang itu setiap individu mungkin terlalai atau terluap lantas dunia lebih diutamakan dari akhirat. Lalu terbitlah kana lafaz ini, mengajak setiap individu untuk memuhasabah diri. Menyingkap balik keadaan diri yang lepas demi untuk mengenal pasti kesilapan diri lantas bertaubat dan membetulkannya.

Continue Reading...
 

Ijlis Bina Nu'man Saah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template