Mencela seorang muslim itu perbuatan fasiq sedangkan memeranginya(muslim) adalah perbuatan kufur.(HR.Bukhari dan Muslim)
Janganlah kamu sibuk mencari keburukan orang lain, sedangkan kamu lalai (meneliti) keburukan pada dirimu, sesungguhnya itu dua keburukan.” (Al-Qahthani)
DEFINISI GHIBAH:
• Ghibah seerti dengan perkataan mengejek, menganjing, atau mengajuk. Iaitu seseorang ynag membicarakan tentang keburukan seseorang malah perkara itu biasa dan tidak bermaksud apa-apa tetapi jika ia didengari oleh orang yang dimaksudkan/diperkatakan menyebabkab ia kecil hati atau tersinggung.
• Ghibah bukan hanya bermaksud memburukkanya. Baik tentang jasmaninya, agamanya, kekayaannya, hatinya, akhlaknya, bentuk lahiriyahnya dan sebagainya. Ghibah terjadi dalam pelbagai cara antaranya menceritakan aib, meniru gerak gaya orang yang diejek semata-mata untuk bersuka-suka.
• Ghibah juga bukan bermaksud benar atau tidak apa yang diperkatakan tapi berkait dengan cara buruk percakapan. Ini bermakna sesuatu yang diperkatakan adalah fakta yang betul tetapi di hebohkan kepada orang ramai itu dinamakan ghibah. Seeloknya aib atau cacat saudara kita itu harus kita sembunyikan kerana ada rasa sayang dalam hati. Seperti ibubapa menyembunyikan aib anaknya atau sebaliknya, ataupun suami isteri yang selalu menjaga rahasia keburukan masing-masing.
APA DOSA GHIBAH???
Ghibah adalah hukumnya HARAM dan jelas dalam dalil dalam Al-Quran:
• “Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha mendengar lagi Maha mengetahui..” (QS. An-Nisa: 148)
• “Celakaanlah bagi pengumpat dan pencela.” (QS. Al-Hujurat:12)
• “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawaban.”(QS. Al-Isra: 17)
Dalam hadist Nabi saw disebutkan:
• “Wahai orang yang beriman dengan lisannya yang belum sampai ke dalam hatinya, janganlah kalian mengganggu kaum muslimin, janganlah kalian menjelek-jelekkannya, janganlah kalian mencari-cari aibnya. Barang siapa yang mencari-cari aib saudaranya sesama muslim niscaya Allah akan mencari aibnya. Barang siapa yang Allah cari keburukannya, niscaya Allah akan membeberkan rahasianya meskipun di rumahnya sendiri.” (H.R. Tirmidzi dan lainnya)
Faktor-faktor berlaku ghibah:
1. Dendam dan benci kepada seseorang 2. Sombong 3. Berkawan dengan kawan yang suka bergosip 4. Pelik melihat perbuatan dosa orang lain 5. Niat menghina orang lain 6. Menceritakan kepada orang ramai tentang seseorang melakukan dosa 7. Menghasud serta menganjing dengan mengatakan “sedih betul aku tengok si miskin itu” 8. Bergurau senda dengan menceritaka kejadian lucu pada seseorang dengan keburukannya.
Perkara yang biasa berlaku dalam kehidupan mahasiswa:
Ghibah mungkin tidak terlepas dari kehidupan seharian samada dalam percakapan, perbuatan, perbincangan dan sebagainya. Ini kerana ghibah biasa berlaku secara tidak sengaja atau disedari bahkan orang yang selalu ke masjid menjaga ibadatnya. Antara contohnya:
1. Buat kuliah dekat masjid tapi tidak pernah solat berjemaah..(selalu diperkatakan oleh orang yang selalu bejemaah di masjid) 2. Alamak kenapa tiba-tiba je pak ustaz nie datang sini, tak de kerja lain dah lau bukan nak tegur orang couple..(orang yang selalu lepak kat cafe atau bercouple) 3. Teruk betul la si mamat nie, dah tau susah nak pick up study la kuat sikit...(orang bijak menceritakan kepada kawannya) 4. Eh!, ko tengok sana. Apa la si minah pakai baju camtu...(perempuan yang suka bergosip) 5. Aku rasa geli hati la tengok si mamat tu. Entah apa die sebut aku tak faham, english versi kelate kot... 6. Setelah kita mendengar seruan atau tazkirah tentang fadhilat membaca Al-Quran lantas kita berkata “alangkah rugi orang-orang yang tidak pandai membaca al-quran” 7. Benci aku!!(mengikut gaya dan nada seseorang) ketika bersembang dengan kawan lain
Banyak lagi contoh yang kita boleh ambik dalam kehidupan kita sebagai mahasiswa. Samada kita sedar atau tidak. Jadi sama-samalah kita muhasabah diri kita adakah kita sudah terlepas dari penyakit hati ini. sanggupkah kita makan daging sesaudara kita sendiri.
Kita selalu mendengar cerita atau kisah teladang tentang sekumpulan budak nakal diserang oleh sekumpulan lebah. Ini kerana mereke telah mengganggu sarang lebah. Selepas mereka diserang dan disengat, mereka menyesal dan menginsafi perbuatan mereka.
Alhamdulillah, mereka semua insaf dan menjadi manusia yang berguna kerana “nasihat” daripada serangga yang kerdil lagi lemah iaitu lebah. Di sini bukan tujuan ana nak cerita tentang lebah tetapi ana menggunakan cerita ini untuk menggambarkan kronologi pengalaman ana dalam kehidupan ini. Cerita ini, ana bukan digambarkan sebagai budak nakal tetapi si lebah. Kenapa ye? Ok, ana cerita dari awal. Ana rasa hidup ana seperti lebah kerana mungkin dari segi fizikal ana yang lemah dan kecil. Tetapi itu bukan penghalang untuk ana bergiat dalam bidang dakwah ini. Bidang dakwah tidak lari dari ancaman dan cabaran. Lebah hidup mereka hanya mencari manisan pada bunga dan dikumpulkan menjadi madu untuk kegunaan mereka dan manusia. InsyaAllah, hidup ana di dunia ini adalah mencari kemanisan iman dan memberi manfaat kepada keluarga dan masyarakat.
Cerita yang ana akan kongsikan masih panas dibicarakan sehingga sekarang. Cerita ini bermula pada waktu senja hampir maghrib ana menegur sepasang pasangan yang sedang “study” di jeti tasik. Pada awalnya ana tegur dengan baik. Tetapi mereka menjawab dengan agak kasar. Semasa ana tegur mereka ana tidak menuduh mereka berdua-duan dan melakukan perkara tidak senonoh tetapi ana pesan kepada mereka tentang perbuatan sebegini boleh mendatangkan fitnah. Selepas itu ana terus meniggalkan mereka berdua di jeti itu.
Selepas selesai solat insya’ di masjid ana pulang ke bilik. Seperti biasa bila masuk bilik ana terus buka laptop dan mendengar lagu-lagu nasyid. Mungkin ana kepenatan seharian tak henti-henti buat kerja. Jadi pada malam itu, ana tidur awal dalam pukul 11.30 mlm (biasa tidur kul 2-3 pagi). Tengah-tengah ana tidur lena tiba-tiba romate kejutkan ana sebab ada orang dating nak jumpa ana. Ana terus bangun dan tengok jam tangan menunjukkan pukul 2.00 pagi. Ana jadi hairan pagi-pagi buta ada orang nak jumpa. Apabila ana berpaling ke arah pintu kelihatan dua orang sedang tunggu dengan salah seorang mencekak pinggang. Rupa-rupanya orang yang mencekak pinggang itu ialah orang yang ana tegur petang tadi. Dengan nada yang tinggi, dia menanyakan soalan “kau ada tak puas hati nga aku ke?” terus ana menggelengkan kepala menandakan tiada apa-apa. Dia terus maki hamun ana tetapi masa itu ana hanya mampu bersabar dan berdiam diri kerana tidak mahu sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Bak pepatah api yang sedang marak jangan disimbah dengan minyak. Dia telah mengugut ana jangan ganggu hidup dia lagi.
Selepas peristiwa malam tersebut ana tidak menceritakan kepada sesiapa tetapi rahsia itu hanya bertahan sebulan sahaja. Sehingga sekarang ana masih bingung macam mana rahsia ini bocor. Paling mengejutkan ana kejadian itu diketahui oleh kawan-kawan ana. Justeru dapat berita tentang kawan ana tahu kejadian malam itu ana terus jumpa kawan dan mengingatkan mereka supaya jangan dibesarkan hal ini dan jika mahu perkara ini diselesaikan harap bincang dengan baik. Namun semua apa yang ana pesan tadi meleset sama sekali. Perkara yang ana tidak jangka telah berlaku iaitu kawan-kawan ana telah membelasah “si dia yang datang ke bilik ana”. Selepas mereka pukul “si dia” dan “si dia” telah meminta maaf kepada ana diharap kes ini selesai dan tiada lagi kes gaduh selepas ini.
Berselang beberapa minggu selepas itu, kejadian yang sangat mengejutkan telah berlaku iaitu pergaduhan besar berlaku antara kumpulan “si dia” dan kumpulan kawan ana. Pergaduhan ini adalah bermotifkan dendam dan tidak puas hati dengan kejadian minggu lepas. Kes pergaduhan besar ini mejadi isu hangat sehingga kini dan kesemua yang terlibat sedang dibicarakan termasuk ana dan bakal menerima hukuman dari pihak pengurusan.
Untuk pengetahuan semua yang berkunjung blog ini kes seperti ini bukan kali pertama ana terlibat tetapi zaman sekolah rendah lagi. Lau sesiapa yang pernah tengok cerita “X-MAN” ada watak seorang orang tua botak yang lumpuh tetapi dapat mempengaruhi yang lain. Mungkin ana seperti watak itu(poyo). Ana sudah lama terfikir benda ini kenapa setiap kali ana ada masalah atau susah mesti ramai yang tolong kadang-kadang ana rasa tidak pernah kena buli. Mungkin inilah hikmah ana seorang yang lemah, kecil dan sebagainya.
Oleh itu, lebah merupakan serangga yang mempunyai hikmah tersendiri dan ambilllah iktibar dari cerita atau kehidupan seekor lebah. Dimana mereka hidup hanya mencari madu untuk manfaat kepada manusia dan mereka hanya menjadi ganas apabial manusia mengganggu hidup mereka. Selepas mereka mengganas, manusia menyalahkan mereka tetapi tidak menyiasat kenapa mereka mengganas. Renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah.
Mulianya Seorang Petani Yang Mengamalkan Prinsip Islam
Petani manusia yang berjasa, Kepada negara dan bangsa, Member makan rakyat jelata, Kemakmuran rakyat ditangan mereka.
Jasa petani mesti dikenang, Penat lelah mereka memanting tulang, Kehidupan mereka wajib dijaga, Begitulah kehendak agama kita.
Petani yang berkerja cemerlang, Bersungguh-sungguh hasilkan keperluan, Iman dan ibadat tidak ditinggalkan, Besar pahala di sisi tuhan.
Petani yang beriman sambil bekerja mengingati tuhan, Auratnya ditutup semasa bekerja, Hasil yang banyak dizakatnya, Itulah petani yang bersyukur namanya.
Wahai petani bersungguh bekerja, Berkhidmat kepada agama dan bangsa, Jangan rasa malu dan hina, Agar makmur rakyat dan negara